Fungsi Jeneral-Negara Belanda

Dewan Kesatria, di mana Jeneral Negara bertemu dalam sesi bersama untuk pembukaan rasmi parlimen pada Selasa ke-3 bulan September

Jeneral-Negara bertemu dalam sesi bersama sekurang-kurangnya sekali setiap tahun pada pembukaan tahun parlimen, apabila Ratu memberikan Ucapan dari Takhta pada Hari Prinsjesdag. Pada hari-hari istimewa, seperti apabila Jeneral-Negara mengundi mengenai perkahwinan seorang kerabat diraja, bila seorang raja dimahkotakan atau apabila seorang kerabat diraja meninggal dunia, kedua-dua dewan juga bertemu dalam sesi bersama (Bahasa Belanda: Verenigde Vergadering). Pengerusi Eerste Kamer menjadi pengerusi mesyuarat ini. Mesyuarat sebegini dilangsungkan di Ridderzaal (Dewan Kesatria) di Binnenhof, kecuali untuk pertabalan yang mengambil tempat di Nieuwe Kerk di Amsterdam. Pada waktu yang lain, kedua-dua dewan menjalankan mesyuarat secara berasingan.

Mengikut perlembagaan fungsi parlimen diberikan pada kedua-dua dewan, kecuali hak inisiatif dan pemindaan. Dari segi amalan Tweede Kamer menjalankan fungsi ini, kerana Eerste Kamer hanya bermesyuarat sehari seminggu. Sesi Bersama juga melantik raja jika tiada pewaris tahta dan pemangku raja pula tidak dapat melaksanakan kuasanya.